Lagenda air hangat Air Hangat, Langkawi

Menurut lagenda, dua keluarga yang bergaduh cuba untuk memisahkan kedua anak mereka yang bercinta. Pada malam tersebut kedua keluarga bukan sahaja selain maki memaki tetapi turut melontar kuah dan air panas sesama sendiri. Tiba-tiba petir memanah dan kedua kepala keluarga ditukar menjadi dua puncak gunung.

Hari ini, tempat kuah tumpah dipanggil Pekan Kuah. Dan di mana air panas tumpah, mata air panas muncul dan merupakan di mana kampung Air Hangat didirikan.

Mata air panas ini dikatakan satu dari empat mata air panas payau di dunia. Ia merupakan hasil haba geotermal yang memanaskan mata air. Haba di bawah pulau meningkat dengan kedalaman (dikenali sebagai gradian geotermal). Ketika air dari mata air meresap jauh kedalam tanah, ia dipanaskan ketika melalui batu panas. Air ini kemudiannya mengali keluar sebagai mata air panas.

Air di mata air panas ini dikatakan memiliki ciri perubatan. Ini kerana air yang dipanaskan mampu melarutkan lebih banyak bahan galian di dalamnya, oleh itu ia mengandungi bahan galian yang tinggi. Ini termasuk kalsium sehingga ke Litium, dan malah radium.

Selain itu terdapat kemudahan reflexologi kaki, kedai cendera hati termasuk pusat pertunjukan cara membuat batik di tingkat dua bangunan.[2]